Laman Web
Kelab PENA adalah laman informasi politik kampus serta gerakan mahasiswa
Universiti Malaya yang dibina olah para pendokong Kelab PENA Universiti Malaya, Kuala
Lumpur.
 
[lagi gambar] |
Pengenalan Kelab PENA
- Merupakan sebuah kelab yang menjadi penyokong
kepada gerakan mahasiswa yang meletakkan asas-asas kemurnian, keadilan, hak dan kebebasan
yang selari dengan Islam sebagai dasar perjuangan
Melalui asas-asas tersebut,
pimpinan yang seangkatan bersama grassroot yang setia telah membuktikan mereka mampu
mencorak perjuangan mahasiswa yang beridealisme, berkarisma, berkesan dan berwawasan.
[Penuh]
|
 
|
Idealisme Kelab PENA
- Mempertahankan hak mahasiswa.
- Perpaduan tanpa mengira hak dan keturunan.
- Tumpuan serius kepada kebajikan pelajar tanpa
mengira kaum, terutama golongan mahasiswa istimewa.
- Mempertahankan universiti sebagai pusat
perkembangan ilmu yang mendokong nilai-nilai kebenaran dan keadilan sejagat.
- Aktif dalam menangani isu-isu semasa.
- Lantang menyuarakan kepincangan masyarakat.
- Prihatin terhadap masalah negara.
- Check and Balance kepada politik negara.
[Penuh]
|

|
MONOLOG SEORANG AKU Aku
tidak minta dilahirkan , bukan jua merancang kewujudanku. Namun aku bersyukur, kelahiran
ini mengenalkanku erti kehidupan.Di suatu alam yang penuh dengan makhluk sepertiku. Serupa
tapi tak sama...Terasa bergenang cecair hangat di mata ini bila mengenangkan bahawa aku
tidak mengenali diriku sendiri. Aku mendongak ke langit . Hanya langit biru. Kelam,
kosong, kusam. Tidak kulihat aku. Aku tunduk ke bumi. Hanya rumput hijau. Tidakku lihat
jua.Tiba-tiba....[sila klik] |
BERITA SEMASA Kehangatan suasana pilihanraya semakin terasa
apabila semester baru kembali menjengahkan dirinya, menyambut penghuni-penghuninya
daripada kampung masing-masing dengan lebaran senyuman dan penuh keceriaan. Notis tentang
pilihanraya telah pun dikeluarkan oleh Hal Ehwal Pelajar (HEP) menandakan tarikh keramat
pada 17/11/99 yang amat ditunggu itu akan menjelma. [Berita penuh] |
RISALAH
SEMASA PMIUM Kepimpinan dalam Islam
adalah kesinambungan warisan Rasul yang diamanahkan untuk memelihara dan melindungi umat
dan ia perlulah memiliki kesempurnaan. Keperluan kepada kepimpinan Islam semakin
ditonjolkan oleh realiti massa hari ini. Di mana-mana sahaja orang membicarakan soal
kepimpinan dan pemimpin itu sendiri. Namun, dilema ummah hari ini dalam mengisi kekosongan
kepimpinan tunggal yang boleh diterima semua sejak runtuhnya khilafah Turki Uthmaniyyah di
Turki 73 tahun yang lampau masih belum bertemu titik pengakhirannya. Walaubagaimanapun...[Lanjut] |

|
"Bersatu
Memperjuangkan Aspirasi Mahasiswa Dan Kesejahteraan Sejagat"
"Teguh mendokong
Aspirasi Mahasiswa Dan Keadilan Sejagat"

|