[Muka Depan[Pengenalan][Sejarah]

Sejarah Ringkas NADI

Tertubuhnya Nadi

Tahun 1991 - NADI  ditubuhkan sebagai sebuah parti politik di Universiti Malaya yang menyeru mahasiswa Muslim dan Non-muslim menghayati keadilan dan kesejahteraan dibawah kepimpinan yang berlandaskan Islam, yang memperjuangkan hak dan keadilan serta kecemerlangan seluruh mahasiswa Islam berasaskan akhlak Islam dan sifat-sifat kemanusiaan serta mengambil kira hak dan kebajikan semua mahasiswa  termasuk Non-muslim, terpelihara.

Sebelum daripada itu, parti Barisan Mahasiswa Bersatu ( BMB ) ditubuhkan dengan berasaskan gabungan semangat nasionalis etnik Melayu, Cina dan India yang  mempunyai misi dan visi yang tersendiri.
 

Tertubuhnya KEPENA 

Penubuhan Kapena menyusuli  selepas parti NADI tertubuh. Kepena dianggotai oleh mahasiswa yang cintakan dan mahukan kepimpinan Islam mendominasi politik dan pucuk pimpinan kampus Universiti Malaya.

Namun Begitu Kepena sekarang adalah dikenali sebagai Kelab PENA.
 

Pendukung

Parti NADI dan KEPENA didukung oleh PMIUM (Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya, dan disertai oleh Persatuan-persatuan  anak Negeri, Persatuan-persatuan  akademik, kolej-kolej kediaman dan individu yang cintakan Islam.

TEGUH MENDOKONG ASPIRASI - MAHASISWA DAN KESEJAHTERAAN SEJAGAT

 

 

 

[Muka Depan[Pengenalan][Sejarah]