Make your own free website on Tripod.com
Sejarah Penubuhan KEPENA

        

RISALAH PILIHANRAYA

 

 

Saban tahun mahasiswa-mahasiswi Universiti Malaya dihidangkan dengan menu Pilihanraya Kampus yang sememangnya dinanti-nanti kehadirannya, pastinya menyaksikan 1001 macam gelagat dan karenah ribuan mahasiswa di universiti perdana ini. Begitulah adat dunia bak kata pepatah “Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragamnya”

Kehangatan suasana pilihanraya semakin terasa apabila semester baru kembali menjengahkan dirinya, menyambut penghuni-penghuninya daripada kampung masing-masing dengan lebaran senyuman dan penuh kecerian.

Notis tentang pilihanraya telah pun dikeluarkan oleh Hal Ehwal Pelajar (HEP) menandakan tarikh keramat pada 17/11/99 yang amat ditunggu itu akan menjelma. Jadi, sebagai mahasiswa yang layak mengundi anda seharusnya menjadi seorang yang prihatin. Keprihatinan anda amat berharga untuk memastikan anda tidak ketinggalan informasi.

Apabila mengimbau kembali detik-detik menjelangnya pilihanraya dan saat-saat gelak tawa suka duka pilihanraya sesi-sesi lepas, tanpa disedari ianya menggamit rasa kerinduan yang amat sangat pada pilihanraya yang bakal muncul kembali pada sesi ini, memandangkan pilihanraya yang ‘bercuti’ pada sesi lalu gara-gara ‘tahalluf siyasi’. Maka, tercatatlah satu sejarah baru dalam senario politik kampus UM yang mana gabungan daripada idealisme yang berlainan dapat ‘duduk semeja’ membentuk sebuah Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM).

Tidak hairanlah kalau sesi ini kita akan kembali berpilihanraya dengan menyaksikan mungkin beberapa pihak / individu yang bertanding atas pelbagai identiti seperti Merah (YESS) dan Hijau rentetan daripada sistem pilihanraya bercorak ‘non-partisan’ yang bermula pada tahun 96/97.

Seperti biasa, sebelum pilihanraya berlangsung proses penamaan calon akan diadakan pada sesi ini, telah ditetapkan tarikh 10/11/99 sebagai tarikh mendebarkan. Bagi yang bergelar calon, inilah masanya mereka berlumba-berlumba menampilkan diri masing-masing membawa misi dan visi perjuangan yang didokongi. Bagi ‘rakyat jelata’ pula inilah peluang bagi anda untuk memilih pemimpin yang terbaik yang pasti bukannya rupa paras yang menjadi ukuran tetapi kriteria-kriteria kepimpinan hakiki yang dimiliki, mencorak sebuah universiti Islam yang harmoni, itulah yang diimpi.

Bagi mahasiswa tahap awal dan tahap pertengahan, rebutlah peluang ini sebagai pengalaman pertama berpilihanraya di kampus. Manakala mahasiswa tahap akhir pula, jadikan pengalaman lalu sebagai iktibar dan pahatkan sesuatu yang berharga dalam hidup anda, muda-mudahan menjadi kenangan yang paling manis buat kita. Undi anda adalah penentu segalanya. Walaubagaimanapun, di tahap mana sekalipun anada berada, TANGGUNGJAWAB MENGUNDI adalah sama sahaja, ianya merupakan suatu AMANAH yang perlu ditunaikan sebaiknya. Setiap kertas undi yang dipangkah akan menjadi penentu kepada sebuah kemenangan yang anda idamkan.

Marilah bersama memilih pemimpij kita.

Kepimpinan kita tanggungjawab kita.

 

SELAMAT BERPILIHANRAYA

 

                                                                               

"Teguh Bersatu Memperjuangkan Aspirasi Mahasiswa Ke Arah Perubahan"

YESS.jpg (8554 bytes)

SEKRETARIAT: GAGASAN MAHASISWA UNIVERSITI MALAYA  Tingkat 2, Perdana G, Kompleks Perdanasiswa, Univerisiti Malaya, Kuala Lumpur

mailbox.gif (9817 bytes)

kelabpena@hotmail.com webmaster:zliey@hotmail.com


kepena20's chat room
Selamat Datang ke kepena20's chat room

line.gif (4535 bytes)