Make your own free website on Tripod.com
Sejarah Penubuhan KEPENA

         

              Setiap orang tentunya ingin menikmati kehidupan yang aman dan sejahtera atau kadangkala disebut sebagai "Konsep Kesejahteraan Sosial" Dalam Islam konsep ini sangat berkait rapat dengan soal kepimpinan. Ini adalah kerana kepimpinanlah yang akan menentukan keadaan sosial sesebuah masyarakat.

             Al-Quran  menegaskan  bahawa sesungguhnya manusia semuanya berada dalam kerugian, sebagaimana firmanNya :

                          "Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh serta berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran".                                                                                          

                                                                                                                                                                              (Surah al-Asr)

       Penegasan al-Quran ini memberi amaran bahawa manusia hendaklah membuat pilihan yang betul dan melakukan sesuatu mengikut kaedab dan cara yang ditunjukkan oleh Al­lah dan RasulNya, yakni berasaskan syariah. Pilihan yang betul menurut al-Quran hanya dapat dicapai dengan iman dan ilmu.

             Menurut Ibnu Taimiyyah, pentadbiran dan pemerintahan dalam Islam ditegakkan untuk melaksanakan perintah al-Quran; menyeru manusia berbuat kebajikan dan mencegahnya daripada melakukan kejahatan.

             Oleh itu, kepimpinan dalam Islam wujud dalam konteks menyuruh yang ma'ruf dan mencegah yang mungkar. Implikasi utama daripada prinsip ini, pemimpin harus berani, berilmu dan adil dalam segala tindak-tanduknya.

KONSEP HUDA  (PETUNJUK ALLAH)

          Islam menegaskan bahawa manusia perlu kepada petunjuk Allah. Jika tidak, dia akan menyeleweng  daripada  sifat semulajadinya (fitrah) dan akan menjadi pengikut syaltan.

MENCONTOHI NABI DAN RASUL

           Dalam Islam, semua Nabi dan Rasul dibentangkan kisahnya di dalam al-Quran untuk dijadikan contoh dan ikutan. Kejayaan mereka tidak diukur dari aspek ramainya pengikut, tercapainya matlamat atau banyaknya pembangunan yang dilaksanakan, bahkan ianya dinilai menerusi kegigihan dan keikhlasan serta ketegasan mereka menyampaikan risalah tauhid. Kejayaan mereka diukur dan penunaian ainanah sebagai pembawa risalab tauhid, untuk memenuhi tugas sabagai hamba Allah dan khalifahNya dimuka bumi.

TUNTUTAN-TUNTUTAN UTAMA KEPIMPINAN DALAM ISLAM

1.       Berlaku Adil

           Menegakkan keadilan adalah wajib. Perintah berlaku adil banyak sekali disebut di dalam al-Quran dengan beberapa pengertian, di antaranya :

a)      Menghukum dengan saksama

b)      Meletakkan sesuatu tepat pada tempatnya

c)       Berada pada jalan yang lurus (Islam) daripada mereka yang tidak berhak menerimanya

 2.       Berilmu

              Perbezaan antara haiwan dan manusia ialah manusia itu berilmu, sementara haiwan hanya mempunyai kemahiran tertentu. Ilmu adalah lebih utama daripada kemahiran. Pendidikan yang berasaskan ilmu yang benar serta keimanan mantap akan melahirkan adab. Sebaliknya tanpa ilmu yang benar, tidak akan timbul rasa takut kepada Allah, tidak akan wujud keadilan dan tidak akan terbentuk peribadi yang bertaqwa. Para ulama telah sepakat bahawa syarat utama menjadi pemimpin dalam Islam ialah berilmu dan bersifat adil.

 AL-THAGHUT PEMIMPIN PALSU

             Al-Quran juga ada menyebutkan wujudnya sejenis mentaliti dan pandangan hidup di kalangan manusia yang berasaskan hawa nafsu dan pengaruh syaitan yang dipanggil al-thaghut. Mentaliti thaghut ini digambarkan oleh al-Quran sebagai sifat munafik yang seolah-olah menerima kebenaran dan iman, tetapi masih memakai ukuran dan ajaran-ajaran al-thaghut dalam tindak-tanduknya.

                Keadaan inilah yang melahirkan pemimpin  yang berpura-pura menerima ajaran tauhid, tetapi pada hakikatnya menentang  keras pelaksanaan ajaran itu dalam masyarakat. Para pemimpin palsu ini timbul dan berkuasa kerana wujudnya dalam masyarakat konsep ilmu yang keliru yang membawa manusia kepada kehilangan adab. Mereka berusaha supaya kekeliruan dan kehilangan adab itu berkekalan dalam masyarakat supaya mereka dapat terus berkuasa.

                Kesimpulannya, seseorang pemimpin perlu melengkapi ciri-ciri yang telah ditetapkan oleh Allah dl dalam kalamNya. Andainya kita memilih pemimpin yang adil, maka dia akan memimpin kita dengan penuh keadilan. Sebaliknya, sekiranya pemimpin yang zalim dan tidak menepati ciri-ciri yang ditentukan itu menjadi pilihan kita, maka kezaliman itu akan kembali kepada diri kita sendiri.

                                                                                                                   »»         

"Teguh Bersatu Memperjuangkan Aspirasi Mahasiswa Ke Arah Perubahan"

YESS.jpg (8554 bytes)

SEKRETARIAT: GAGASAN MAHASISWA UNIVERSITI MALAYA  Tingkat 2, Perdana G, Kompleks Perdanasiswa, Univerisiti Malaya, Kuala Lumpur

mailbox.gif (9817 bytes)

kelabpena@hotmail.com webmaster:zliey@hotmail.com


kepena20's chat room
Selamat Datang ke kepena20's chat room

line.gif (4535 bytes)