Make your own free website on Tripod.com
Sejarah Penubuhan KEPENA

 

                Nice, Ability, Dinamic dan lntegrity. Begitulah ciri-ciri yang ditampilkan oleh gandingan mantap barisan pimpinan yang menerajui MajIls Perwakilan Mahasiswa sesi mi. Keterampilan dan ketokohan yang dimiliki oleh gandingan leadership “NlCE, ABILITY, DYNAMIC dan lNTEGRITY” atau dikenali sebagal kumpulan merah, ternyata mampu menarik perhatian dan sokongan sebahagian besar mahasiswa dan mahasiswi yang merupakan aset utama di kampus Universiti Malaya.

               Rentetan itu, sifat-sifat dinamis yang ditonjolkan oleh para pimpinan sesi ini memberikan keyakinan kepada semua bahawa calon-calon pimpinan yang bakal menerajui sesi 1998/99 merupakan individu-individu yang terbaik dan berkaliber serta berkemampuan untuk mendukung aspirasi mahasiswa di dalam mengharungi arus kepemimpinan di kampus perdana ini.

               Sebagai salah sebuah badan persatuan yang berpengaruh di kampus ini, PMIUM tanpa ragu-ragu memberikan sokongan penuh dan padu kepada barisan pimpinan yang bakal menerajui kampus dalam meneruskan agenda kecemerlangan dan ketinggian syakhsiah mahasiswa melalui penekanan terhadap nilai-nilai murni dan spiritual. PMIUM telah bersetuju dalam meletakkan barisan kumpulan merah sebagal barisan yang ideal untuk terus menunjangi pentadbiran Majlis Perwakitan Mahasiswa bagi sesi hadapan.

Kepimpinan merupakan suatu amanah yang besar dan tanggungjawab yang berat untuk dilaksanakan. Justeru, menjadi satu kewajipan kepada mana-mana pemimpin untuk memimpin secara adil serta senantiasa peka terhadap kebajikan seluruh rakyat yang bernaung di bawahnya. Namun begitu, bukanlah calang-calang orang yang layak untuk mentadbir ataupun memimpin. Agama Islam sendiri telah meletakkan garis panduan tentang ciri-ciri seorang pemimpin Islam berdasarkan kepada apa yang telah termaktub di dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Malah, PMIUM juga berpendirian bahawa setiap individu muslim yang menjadi pemimpin perlu memiliki keperibadlan yang tinggi dan berakhlak dengan akhlak yang mulia. Ini adalah berdasarkan bahawa setiap pemimpin merupakan pembentuk dan pencorak masyarakat, malah syakhsiah rakyat bergantung kepada pimpinannya. Jika pemimpin rosak akhlaknya, maka rosak binasalah rakyat yang ditadbirnya.

Pemimpin yang beriman, memiliki personaliti dan syakhsiah yang tinggi, patuh kepada tuntutan agama, menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai sumber hukum yang utama dal am setiap tindak-tanduknya, berani, bijaksana, berkarisma, serta senantiasa mengamalkan prinsip dan nilai-nilai murni merupakan ciri-ciri penting yang seharusnya dimiliki oleh seorang pemimpin Islam. Walaupun Islam memerintahkan ummatnya agar memberikan ketaatan kepada pimpinan yang memerintah, namun arahan tersebut adalah arahan yang bersyarat. Ketaatan sepenuhnya harus diberikan kepada pemimpin dengan syarat kepimpinan tersebut menepati landasan Islam dan tidak cenderung kepada kemungkaran.

Oleh yang demikian, sekali lagi ditegaskan bahawa seseorang yang tidak mempunyai atau memiliki ciri-ciri dan sifat-sifat tersebut tidak layak diberi tanggungjawab sebagai pimpinan. Masyarakat juga tidak seharusnya mengangkat golongan seperti ini sebagai pemimpin, malah menjadi kewajipan kepada kita untuk menolak mentah-mentah individu-individu ini terutamanya golongan yang engkar terhadap perintah Allah s.w.t. Di samping itu juga, PMIUM turut menyelar kepimpinan yang mempergunakan kuasa dan pangkat semata-mata untuk mengejar populariti dan glamour di mata masyarakat kampus.

Selain itu, visi dan misi yang diperjuangkan oleh gandingan mantap pimpinan NICE, ABILITY, DYNAMIC dan INTEGRlTY seharusnya mendapat sokongan yang padu daripada seluruh mahasiswa Universiti Malaya. Ternyata, kepimpinan yang ditonjolkan oleh kumpulan merah dalam sesi -sesi yang sebelumnya mampu memberikan kepuasan dan perubahan kepada mahasiswa. Oleh itu, sokongan yang mantap dan berterusan amat diperlukan demi mengangkat kembali kepimpinan pelajar yang dewasa ini dianggap lesu dan beku oleh masyarakat amnya. PMIUM juga turut menyeru seluruh warga kampus agar memberikan sokongan dan undi mereka kepada golongan yang benar-benar ikhlas berjuang demi kepentingan mahasiswa bagi memastikan aspirasi mahasiswa tetap terus didokongi sepenuhnya.

                                                                                                                                              »»

                                                                               

"Teguh Bersatu Memperjuangkan Aspirasi Mahasiswa Ke Arah Perubahan"

YESS.jpg (8554 bytes)

SEKRETARIAT: GAGASAN MAHASISWA UNIVERSITI MALAYA  Tingkat 2, Perdana G, Kompleks Perdanasiswa, Univerisiti Malaya, Kuala Lumpur

mailbox.gif (9817 bytes)

kelabpena@hotmail.com webmaster:zliey@hotmail.com


kepena20's chat room
Selamat Datang ke kepena20's chat room

line.gif (4535 bytes)