Make your own free website on Tripod.com
Sejarah Penubuhan KEPENA

Tanggal 10 November1998 merupakan detik bersejarah bagi gerakan mahasiswa di Universiti Malaya sejak ia mula ditubuhkan. Dua buah partil gerakan mahasiswa yang utama di kampus perdana ini, NADI dan Barisan Mahasiswa Bersatu ( BMB) telah menjalani satu proses menandatangani memorandum persefahanan (MOU) dan berjaya membentuk satu gagasan mahasiswa buat pertama kalinya.

                Pembentukan gagasan       tersebut yang dikenali sebagai Gagasan Mahasiswa Universiti Malaya, terdiri daripada parti NADI, BMB dari kaum Melayu, PKPIM, kaum Cina dan India. Detik-detik yang penuh bersejarah tersebut telah dihadiri dan disaksikan oleh kira-kira 300 orang mahasiswa yang terdiri daripada penyokong kedua-dua belah pihak serta pemerhati. Teryata, pada sesi         ini, kedua-dua belah pihak telah mengambil satu keputusan yang agak mengejutkan dengan menandatangani perjanjian untuk mewujudkan persefahaman dan kerjasama.

                Majis penandatanganan tersebut telah disempurnakan oleh wakil-wakil dari kedua-dua belah pihak. Pihak NADI atau yang lebih dikenali dengan ciri-ciri “ABILITY, DINAMIC, INTERGRITY dan NICEtelah diketuai oleh saudara Mohd Nasir Zakaria, yang juga merupakan Presiden PMIUM sesi 1998/1999, sementara pihak BMB pula diketuai oleh saudara Hamzah Hussin. Kedua-duanya telah membuat penyerahan memorandum yang telah ditandatangani oleh pihak masing-masing sebaga tanda persetujuan untuk mewujudkan keriasama.

                Menurut  saudara Hamzah, kesedaran dalam dirinya untuk membentuk suatu gabungan memang telah terdetik sejak dahulu lagi.

                “Sejak dahulu lagi saya sering memikirkan mengapa tidak dibentuk kesatuan dalam gerakan mahasiswa. Oieh yang demikian, atas dasar untuk menuntut keadilan sejagat, saya berpendapat ini adalah satu peluang yang baik dan bersetuju untuk melakukan penggabungan. Apa yang saya harapkan, semoga segala yang telah ditandatangani dalam MoU ini akan terlaksana dengnan baik".

                Beliau juga mengharapkan agar kedua-dua pihak saling hormat-menghormati serta mengambil sikap sama tara dalam membuat sebarang keputusan, tanpa prejudis kepada pihak tertentu.

                Sementara itu, wakil pihak NADI, saudara Mohd.Nasir Zakaria pula menyatakan bahawa majis penandatanganan ini merpakan titik baru dalam sejarah gerakan mahasiswa.

                "Seperti yang telah diperkatakan tadi, asas penggabungan kami adalah demi memperjuangkan keadilan untuk semua mahasiswa di kampus ini tanpa mengira bangsa dan agama. Perbezaan bangsa ataupun agama tidak patut dijadikan batu penghatang untuk membentuk kesatuan bagi menentang ketidakadilan yang semakin menular di dalam negara mahupun di kampus".

                Beliau turut menekankan bahawa mahasiswa hari ini yang merupakan generasi baru, perlu mengadakan suatu tajdid serta membuka era baru dalam aspek sikap dan pemikiran untuk membina halatuju masyarakat.

                Agama Islam sendiri menyarankan umatnya agar menentang sebarang ketidakadilan. OIeh itu, kami mengambil sikap terbuka untuk menerima mana-mana individu yang ingin turut sama memperjuangkan keadilan di samping sentiasa memastikan aspirasi mahasjswa akan terns didukungi. Persefahaman perlu diwujudkan dalam perkara yang boleh disepakati sementara bagi perkara yang tidak boleh diadakan persepakatan, sikap bertolak-ansur perlu diwujudkan", jelasnya lagi.

                Gagasan Mahasiswa Universiti Malaya yang berjaya dibentuk ini memilih ungkapan "Bersatu Memperjuangkan Aspirasi Mahasiswa dan Keadilan Sejagat" sebagai mottonya. Diharapkan agar gagasan yang telah terbentuk ini mampu membawa satu perubahan dalam kehidupan mahasiswa serta dapat mewujudkan masyarakat yang bersatu dan harmonis.

                                                                                                                          »»

"Teguh Bersatu Memperjuangkan Aspirasi Mahasiswa Ke Arah Perubahan"

YESS.jpg (8554 bytes)

SEKRETARIAT: GAGASAN MAHASISWA UNIVERSITI MALAYA  Tingkat 2, Perdana G, Kompleks Perdanasiswa, Univerisiti Malaya, Kuala Lumpur

mailbox.gif (9817 bytes)

kelabpena@hotmail.com webmaster:zliey@hotmail.com


kepena20's chat room
Selamat Datang ke kepena20's chat room

line.gif (4535 bytes)