Make your own free website on Tripod.com
[Muka Depan] [Sejarah] [Gambar]
SEJARAH RINGKAS GERAKAN MAHASISWA 1959-1999

1959 - 1970-an

Percubaan menubuhkan Kelab Sosialis gagal

PMIUM mendesak untuk membina sebuah masjid (kini Masjid Ar-Rahman) dan membina surau di kolej kediaman.

Pada 27 Mei 1966, sudut pidato ditubuhkan, memberi peluang kepada mahasiswa untuk menyuarakan pandangan secara bebas menyentuh isu nasional dan internasional.

Tunjuk perasaan menuntut penggunaan bahasa kebangsaan dan membantah pengeboman Hanoi-Haipong oleh Amerika Syarikat.

Perarakan menentang sikap Filipina menuntut Sabah dan mengutuk dasar penaklukan Rusia ke atas Czehoslovakia

Menentang dasar Tunku Abd Rahman akibat tragedi 13 Mei 1969.

Mahasiswa membela nasib rakyat dengan menyertai pilihanraya 1969; mengadakan kempen dan mengeluarkan manifesto sendiri di samping mengadakan 13 rapat umum..

1971

Akta Universiti Dan Kolej Universiti digubal, gerakan mahasiswa agak perlahan

Perkumpulan di hadapan pejabat bendahari kerana kelewatan membayar biasiswa

3 Disember 1974 Demonstrasi paling besar melibatkan kesatuan mahasiswa seluruh negara mengenai isu kelaparan, kemiskinan, penyelewengan dan lain-lain.

1980-an

Era ini dikuasai oleh mahasiswa Islam, akibat penubuhan Akademi Pengajian Islam.

Barisan Bertindak Mahasiswa Negara ditubuhkan pada 1985 untuk menangani isu-isu berkenaan keamanan sejagat dan pembelaan terhadap Islam dan masyarakat.

PMIUM membantah konsert Headwind oleh Kolej Kelima dengan menghantar dua memorandum kepada pihak terbabit pada Oktober 1987

PMIUM membantah Pusat Kebudayaan mengadakan konsert Shiela Majid di DTC untuk menubuhkan orkestra UM, dengan menghantar memorandum, membuat kenyataan akhbar dan mengadakan demonstrasi dan solat hajat serta dialog bersama TNC, yang seterusnya membawa kepada penangkapan 2 pimpinan PMIUM di bawah ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri)

1990

GAMIS (Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung) ditubuhkan bertujuan untuk mendepani cabaran umat Islam dan menghadapi kegawatan jahiliah moden.

GAMIS mengadakan pelancaran manifesto secara terbuka dengan motto "Selamatkan Malaysia dengan Mewujudkan Keadilan, Kebebasan dan Kemakmuran" untuk menafikan kenyataan AMAN (Angkatan Mahasiswa Negara) yang mengeluarkan manifesto " Selamatkan Malaysia dengan Menolak Parti Pembangkang".

1991

NADI mula ditubuhkan sebagai sebuah parti politik di UM untuk memperjuangkan hak dan keadilan serta kecemerlangan seluruh mahasiswa di bawah kepimpinan Islam.

Nadi telah berjaya dalam pilihanraya pada sesi ini.

Konsert Kesedaraan anjuran PMIUM yang pertama didakan pada 5 September 1991 untuk menjadi alternatif kepada hiburan-hiburan yang meruntuhkan akhlak mahasiswa.

1992

18 Ogos Satu perhimpunan secara aman diadakan di medan letak kereta Fakulti Sains UM bagi membantah keganasan Serbia ke atas rakyat Bosnia di samping mendesak PBB melindungi umat Islam di negara tersebut.

27 September 1991 Satu pertemuan antara Jemaah ABIM, JIM dan al-Arqam dengan pihak PMIUM diadakan untuk bersama-sama melaksanakan amar ma'ruf dan nahi mungkar serta da'wah terhadap non-muslim.

Ustaz Zuhdi Marzuki (kepimpinan PMIUM) telah mewakili GAMIS sebagai salah seorang ahli panel mengutuk pemusnahan Masjid Babri di India.

4 Oktober Seminar Kesedaran Da'wah Non Muslim dilaksanakan bagi menarik lebih ramai non-muslim untuk memahami keadilan Islam serta kebenarannya.

1993

PMUM mengeluarkan Memorandum Penyelesaian Bersama Masalah Sosial Pelajar Pusat Asasi Sains (PAS) yang membantah pergaulan bebas antara siswa dan siswi serta cara berpakaian yang bertentangan dengan kehendak Islam.

Turut dikeluarkan memorandum mengkaji semula Perlaksanaan Minggu Orientasi Pelajar Baru RPKJ, PAS yang menggesa pihak terbabit mengatasi dan memastikan unsur-unsur yang tidak sihat / tidak beretika sama sekali pada pandangan Islam daripada terus berlaku.

Membantah beberapa program sempena Ekspo Konvokesyen UM'93 yang secara terang-terangan menyalahi tuntutan Islam serta tidak berlandaskan nilai moral dan akhlak.

1995

Penubuhan Gabungan Bertindak Mahasiswa Membela Rakyat, UM (GABMRUM)

GABMRUM telah mengeluarkan memorandum bantahan terhadap tindakan pencerobohan rumah penduduk-penduduk di Kampung Taman Aman, Petaling Jaya dan mendesak kerajaan supaya menimbangkan semula cadangan pembinaan landasan Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) di kawasan tersebut yang memaksa penduduk berpindah ke kawasan lain.

1997

Mahasiswa bangkit mengecam keputusan kerajaan menjemput Yahudi menyertai pertandingan kriket antarabangsa di negara kita.

Pihak PMUM menggesa pihak pentadbiran universiti menjalankan segala peraturan yang berkaitan dengan pemakaian di samping permasalahan budaya couple yang semakin berleluasa.

Menghantar memorandum menyokong penuh penangkapan tiga orang peserta ratu cantik.

Beberapa siri ceramah dan solat hajat diadakan bagi membantah penghinaan ulama' dan pemecatan Mufti Selangor Dato' Ishak Baharom tanpa sebab yang munasabah.

Memorandum bantahan terhadap persembahan Ruhil Amani sempena majlis penutupan Pesta Seni Pentas turut dihantar atas dasar memperbaiki taraf akhlak mahasiswa.

Menghantar memorandum-memorandum yang membabitkan kebajikan mahasiswa.

1998-1999

10 November 1998 Gagasan Mahasiswa Universiti Malaya (GMUM) dibentuk dengan terwujudnya kerjasama politik di antara dua kumpulan besar iaitu NADI dan BMB (Barisan Mahasiswa Bersatu), rentetan kepekaan mahasiswa terhadap isu-isu semasa negara yang berkaitan dengan ketidakadilan dalam isu ekonomi, politik, kehakiman dan lain-lain, sekaligus menunujukkan semangat kebersamaan mahasiswa dalam memperjuangkan keadilan serta membuka ruang yang lebih luas untuk integrasi antara kaun di Malaysia bagi menikmati kehidupan yang aman dna harmoni.

16 Mei 1999 Barisan Bertindak Mahasiswa Negara ditubuhkan (BBMN) dengan dipimpin oleh Presiden PMUM, Saudara Burhan Che'Daud, bertujuan untuk membentuk arus gerkan mahasiswa yang berperanan sebagai 'check and balance' dalam masyarakat ke arah kesejahteraan dan kestabilan sejagat.

Akhir 1999 Tahun yang menentukan halatuju kepimpinan mahasiswa Universiti Malaya seluruhnya ke arah yang lebih dinamik dalam mengacu kerangka pemikiran mahasiswa dalam satu payung gergasi berteraskan keluhuran, keadilan dan kesejahteraan sejagat.

Selamat Berjuang dan Selamat Berpilihanraya

"Tetap Teguh Mendokong Aspirasi Mahasiswa dan Kesejahteraan Sejagat"

"Ability, Dynamic, Integrity, Nice"

- CABAI , Yess -

TEGUH MENDOKONG ASPIRASI - MAHASISWA DAN KESEJAHTERAAN SEJAGAT

 

 

[Muka Depan][Sejarah] [Gambar]