Make your own free website on Tripod.com
sdszdas

MEMORANDUM PERSEFAHAMAN POLITIK

GAGASAN MAHASISWA UNIVERSITI MALAYA (GMUM)

PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN MAHASISWA UNIVERSITI MALAYA 1999/2000

 

OBJEKTIF
  1. Menunjukkan kepada masyarakat bahawa mahasiswa mampu bersatu dalam memperjuangkan kebenaran, keadilan serta menentang sebarang kezaliman tanpa mengira kaum dan agama.
  2. Membuka ruang perbincangan yang lebih luas di kalangan semua pihak yang melibatkan mahasiswa Melayu, Cina dan India
  3. Memberi isyarat bahawa mahasiswa mampu untuk terus teguh bersatu dalam memperjuangkan aspirasi mahasiswa ke arah perubahan yang menyeluruh
  4. Gagasan Mahasiswa Universiti Malaya (GMUM) ini diteruskan dengan berdasarkan prinsip keadilan, keikhlasan dan saling hormat menghormati antara semua pihak yang terlibat
ASPEK PERSEFAHAMAN

1. Jentera atau jawatankuasa pilihanraya

    • Pergerakan jentera atau jawatankuasa pilihanraya adalah terletak di bawah tanggungjawab setiap pihak serta diselia dan diselaraskan di peringkat jentera pusat Gagasan Mahasiswa Universiti Malaya (GMUM) mengikut suasana dan keperluan
    • Kesemua pihak akan menyumbangkan seramai mungkin ahli dan penyokong sebagai tenaga kerja dalam menggerakkan gerakerja jentera pilihanraya kampus

2. Pusat gerakerja pilihanraya

    • Pusat gerakerja jentera pilihanraya adalah pusat bersama iaitu dengan menggunakan sekretariat jentera pilihanraya yang disediakan oleh pihak Urusetia Pemilihan Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya 1999/2000, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Universiti Malaya

3. Calon dan pembahagian kerusi

1. CALON KAWASAN UMUM

    • Komposisi calon bagi kawasan umum sebanyak 15 (lima belas) kerusi adalah sebagaimana berikut :
    1. 14 (empat belas) kerusi akan diwakili oleh calon daripada Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM)
    2. 1 (satu) kerusi akan diwakili oleh calon daripada mahasiswa Cina

2. CALON KAWASAN FAKULTI / AKADEMI / PUSAT

    • Komposisi calon bagi kawasan fakulti/akademi/pusat sebanyak 30 (tiga puluh) kerusi mengikut pembahagian adalah sebagaimana berikut :

a. Calon daripada Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) akan mewakili sebanyak 19 (sembilan belas) kerusi sebagaimana berikut :

    Bil

    Fakulti/Akademi/Pusat

    Jumlah kerusi

    1

    Akademi Pengajian Islam

    2

    2

    Akademi Pengajian Melayu

    2

    3

    Fakulti Bahasa dan Linguistik

    2

    4

    Fakulti Pendidikan

    2

    5

    Fakulti Pergigian

    2

    6

    Fakulti Perubatan

    2

    7

    Fakulti Sastera dan Sains Sosial

    2

    8

    Pusat Kebudayaan

    2

    9

    Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran

    1

    10

    Fakulti Undang-undang

    1

    11

    Pusat Sukan

    1

b. Calon daripada mahasiswa Cina akan mewakili sebanyak 7 (tujuh) kerusi sebagaimana berikut :

    Bil

    Fakulti/Akademi/Pusat

    Jumlah kerusi

    1

    Fakulti Kejuruteraan

    2

    2

    Fakulti Perniagaan dan Perakaunan

    2

    3

    Fakulti Sains

    1

    4

    Fakulti Sains Komputer

    1

    5

    Fakulti Undang-undang

    1

Calon daripada mahasiswa India akan mewakili sebanyak 4 (empat) kerusi sebagaimana berikut :

Bil

Fakulti/Akademi/Pusat

Jumlah kerusi

1

Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran

1

2

Fakulti Sains

1

3

Fakulti Sains Komputer

1

4

Pusat Sukan

1

 

4. Manifesto

  • Manifesto Gagasan Mahasiswa Universiti Malaya (GMUM) disediakan melalui perbincangan wakil semua pihak
  • Manifesto GMUM akan digunapakai dalam setiap siri kempen, penerangan, risalah dan sebagainya yang berkaitan dengan GMUM

 

5. Maklumat dan strategi pilihanraya

  • Maklumat dan strategi pilihanraya sama ada di peringkat kawasan umum atau kawasan fakulti/akademi/pusat akan dibincangkan secara bersama dan bergantung kepada keperluan dan tuntutan semasa
  • Pelaksanaan dan pelan tindakan terhadap strategi akan dijalankan berdasarkan kesesuaian dan pembahagian tugasan
  • Sebarang pelan tindakan strategi tanpa perbincangan yang boleh memberikan implikasi negatif kepada mana-mana pihak dalam GMUM adalah DILARANG KERAS

 

6. Pertandingan

  • Sebarang pertandingan atau pertembungan di kalangan ahli-ahli Gagasan Mahasiswa Universiti Malaya (GMUM) sama ada di peringkat kawasan umum atau fakulti/akademi/pusat adalah DILARANG KERAS.

 

7. Pembentukan kabinet

  • Pembentukan kabinet Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) sesi 1999/2000 akan dibuat melalui perbincangan dengan wakil-wakil daripada ahli Gagasan Mahasiswa Universiti Malaya (GMUM)

 

8. Sumber kewangan

  • Pembahagian tanggungjawab peruntukan kewangan pilihanraya kampus 1999/2000 adalah berdasarkan kepada pembahagian kerusi di kedua-dua kawasan iaitu kawasan umum dan kawasan fakulti/akademi/pusat

 

9. Kemudahan peralatan dan teknikal

  • Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM) akan menyediakan :
    1. Kemudahan pengangkutan sebanyak 2 (dua) buah van untuk kegunaan jentera
    2. Kemudahan peralatan P.A System
  • Item-item yang berkaitan dengan keperluan calon akan diuruskan oleh pihak masing-masing melalui perbincangan berdasarkan keperluan

 

10. Perbincangan dan keputusan

  • Sebarang keputusan dasar yang melibatkan Gagasan Mahasiswa Universiti Malaya (GMUM) akan dibuat melalui perbincangan dengan wakil-wakil ahli Gagasan Mahasiswa Universiti Malaya (GMUM).

 

Kami yang mewakili ahli-ahli Gagasan Mahasiswa Universiti Malaya (GMUM) bersedia mematuhi segala keputusan yang dipersetujui bersama dan kami berjanji bahawa Memorandum Persefahaman Politik ini akan dilaksanakan dengan sewajarnya.

Memorandum ini dipersetujui, ditandatangani dan disahkan oleh :

 

 

_________________________________

MOHD. HUZAIRI HUSAIN

Presiden

Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM)

Sesi 1999/2000

( Wakil Mahasiswa Islam )

 

 

 

 

__________________________

ONG CHOON HENG

Mantan Timbalan Presiden 2

Majlis Perwakilan Mahasiswa UM

Sesi 1998/99

( Wakil Mahasiswa Cina )

 

 

 

 

__________________________________

VEERAMOHAN A/L VEERAPUTHRAN

Presiden

Persatuan Bahasa Tamil Universiti Malaya

Sesi 1998/99

( Wakil Mahasiswa India )

 

dfdf