Make your own free website on Tripod.com
[Muka Depan]

MANIFESTO GAGASAN MAHASISWA UNIVERSITI MALAYA (GMUM)

PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN MAHASISWA UNIVERSITI MALAYA SESI 1999/2000

PENGENALAN

Kebangkitan kesedaran rakyat yang semakin hebat hari ini bakal menyaksikan perubahan yang berlaku dalam negara. Justeru, peluang ini tidak seharusnya dipandang sepi oleh mahasiswa selaku golongan intelektual untuk bersama-sama mencorakkan perubahan tersebut. Mahasiswa seharusnya menyedari bahawa tanggungjawab untuk memperjuangkan nasib mahasiswa khasnya dan masyarakat amnya terpikul di bahu mereka. Dengan berteraskan aspirasi dan nilai-nilai kemahasiswaan, mahasiswa perlu bergabung tenaga, menjana iltizam dan kekuatan ke arah perpaduan dan keharmonian sejagat.

VISI

"Berusaha meneruskan kesinambungan perjuangan mahasiswa di dalam membela hak-hak mahasiswa di samping menaburkan khidmat bakti kepada masyarakat".

MISI

  • Memperjuangkan aspirasi mahasiswa yang mendukung prinsip kebenaran dan keadilan sebagai agenda utama untuk diperjuangkan.
  • Melaksanakan amanah kepada warga kampus melalui kepimpinan yang dinamik, cemerlang dan berwibawa.
  • Meneruskan kesinambungan perjuangan mahasiswa dengan membangkitkan kesedaran untuk berbakti kepada masyarakat.

MOTTO

"Teguh Bersatu Memperjuangkan Aspirasi Mahasiswa Ke Arah Perubahan".

CIRI-CIRI KEPIMPINAN

Kami menampilkan barisan kepimpinan yang mempunyai ciri-ciri berikut:

  • Beriman, berilmu dan berakhlak
  • Adil, telus dan bertanggungjawab
  • Berani, berprinsip dan berkarisma
  • Terlatih, berpengalaman dan bersifat terbuka

ASPEK-ASPEK PERJUANGAN

1.HAK MAHASISWA

1. Berpersatuan dan berorganisasi

    • Memperjuangkan dan mempertahankan kebebasan mahasiswa untuk berorganisasi demi menyediakan bakal pimpinan.
    • Mengambil inisiatif untuk menyedarkan dan melibatkan lebih ramai mahasiswa menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh pelbagai persatuan terutamanya Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya.

2. Bersuara

    • Menjadi jurubicara kepada mahasiswa dan masyarakat di dalam menyuarakan kebenaran.
    • Menyediakan ruang seluas mungkin untuk mahasiswa menyatakan pandangan dan idea dalam pelbagai isu sama ada dalam atau luar kampus.
    • Memainkan peranan sebagai agen ‘checks and balances’ (pengimbang) terhadap permasalahan semasa negara.
    • Mengembalikan suara mahasiswa dalam Lembaga Pengurusan Universiti bagi mempertahankan hak dan kepentingan mahasiswa
    • Mengembalikan autonomi universiti sebagai pusat kecemerlangan ilmu dan medan perkembangan intelektual

2. KEBAJIKAN

Memperjuangkan hak mahasiswa sebagai pelanggan dalam era pengkorporatan supaya tidak dieksploitasi oleh pihak universiti dengan menekankan aspek-aspek berikut:

1. Penginapan

    • Menerus dan menggiatkan lagi program Kajian Penginapan Mahasiswa (KPM).
    • Mendesak pihak pengurusan universiti menangani masalah penginapan mahasiswa dengan berkesan.
    • Menggesa agar yuran penginapan yang dikenakan adalah rasional dan tidak membebankan mahasiswa.
    • Mendesak pihak pentadbiran universiti menyeragamkan segala yuran, caj dan denda di kolej-kolej kediaman.
    • Mengutamakan kepentingan mahasiswa dalam segala kemudahan di kolej kediaman.
    • Mencadangkan agar sistem pemilihan penempatan mahasiswa di kolej kediaman diselaraskan.
    • Menggesa agar kawalan keselamatan ke atas kolej-kolej penginapan diperketatkan.

2. Pinjaman kewangan mahasiswa

    • Mendesak agar masalah kelewatan pemberian pinjaman kewangan kepada mahasiswa ditangani secara efektif.
    • Menyampaikan maklumat tentang Skim Tabung Kebajikan Pelajar kepada seluruh mahasiswa.
    • Mendesak agar kadar pemberian pinjaman setimpal dengan kos yang ditanggung oleh mahasiswa.

3. Pengangkutan

    • Menggesa pihak universiti peka terhadap permasalahan pengangkutan mahasiswa.
    • Mendesak pihak universiti agar meningkatkan mutu bas dan perkhidmatannya.
    • Memastikan sistem penyelenggaraan jalan raya diuruskan dengan sistematik dan selamat untuk digunakan.

4. Yuran-yuran tidak rasional

    • Menggesa pihak universiti agar menjelaskan rasional beberapa yuran baru yang dikenakan kepada mahasiswa.

5. Mahasiswa Istimewa

    • Mendesak pihak universiti mengambil perhatian penuh terhadap permasalahan yang dihadapi oleh mahasiswa istimewa.

6. Mahasiswa Luar kampus

    • Menggesa agar kawalan keselamatan diwujudkan.
    • Mendesak agar jumlah bas ditambah dan mutu perkhidmatannya dipertingkatkan.

7. Makanan di kampus

    • Menggesa pihak universiti supaya sentiasa peka terhadap aspek kualiti makanan (halal dan suci) dan harga yang berpatutan.
    • Mengambil langkah proaktif untuk menyelesaikan masalah makanan yang dihadapi oleh mahasiswa pelbagai kaum.

8. Tempat letak kenderaan

    • Menggesa pihak universiti menyediakan tempat letak kenderaan yang selesa dan selamat.

9. Surau-surau dalam kampus

    • Mendesak agar perhatian yang sewajarnya diberikan terhadap aspek keselesaan dan penyelenggaraan surau-surau yang sedia ada.

3. KUALITI MAHASISWA

    • Memberikan penumpuan kepada pembinaan syakhsiyah mahasiswa.
    • Menggarap kualiti kepimpinan dan idelisme mahasiswa yang mencerminkan kematangan dan keintelektualan mahasiswa.
    • Menggemblengkan potensi yang wujud dalam diri individu mahasiswa daripada pelbagai kaum.
    • Membendung gejala negatif dan budaya kuning seperti hedonisme dari membelenggu mahasiswa.

4. PERPADUAN

    • Menyemai sifat hormat-menghormati serta memahami nilai-nilai agama dan budaya di kalangan mahasiswa.
    • Memelihara keharmonian dan kemakmuran pelbagai kaum di kampus.

5. KEMUDAHAN PEMBELAJARAN DAN AKADEMIK

    • Menggesa pihak universiti agar memantapkan perlaksanaan sistem semester.
    • Mengesyorkan agar kemudahan pengajaran dan pembelajaran dimbil berat oleh pihak universiti.
    • Meningkatkan mutu perkhidmatan perpustakaan.

6. INTEGRASI KEPIMPINAN MAHASISWA

    • Mempereratkan hubungan dengan mahasiswa di institut-institut pengajian tinggi tempatan dan luar negara bagi kepentingan dan kebajikan bersama.
    • Berusaha mengadakan himpunan pimpinan mahasiswa bagi menangani sebarang permasalahan berkaitan kepentingan mahasiswa.

7. HAK MAHASISWI

    • Meneruskan kesinambungan perjuangan hak-hak mahasiswi khasnya dan wanita amnya.
    • Memantapkan usaha ke arah menyediakan generasi mahasiswi yang matang daya inteleknya dan mantap peribadinya.
    • Memanfaatkan ide dan pandangan mahasiswi demi kebajikan dan kepentingan bersama.
    • Berusaha untuk menyediakan barisan kepimpinan mahasiswi yang berketerampilan.

8. PENGURUSAN SEKRETARIAT MAHASISWA

    • Menggesa agar aspek pengurusan Komples Perdana Siswa dipertingkatkan.
    • Mendesak agar kegiatan mahasiswa lebih diutamakan dalam penggunaan ruang dan bilik yang terdapat di Kompleks Perdana Siswa.

9. SUKAN DAN KEBUDAYAAN

    • Menggesa supaya pihak universiti menyediakan kemudahan sukan dan riadah yang secukupnya kepada mahasiswa.
    • Mendesak supaya kemudahan sukan yang sedia ada tidak didominasi oleh golongan kakitangan universiti semata-mata dan mengenepikan hak mahasiswa.
    • Mewujudkan suatu budaya hidup yang sihat di kalangan mahasiswa di kampus.
    • Mewujudkan integrasi di antara mahasiswa melalui program-progam sukan dan kebudayaan.

10. HALUAN SISWA

    • Mengesyorkan agar program yang dijalankan menjurus ke arah membina keperibadian mahasiswa dan menerapkan semangat cintakan universiti.
    • Menggesa pihak universiti dan kolej mengambil tindakan tegas terhadap sebarang gejala buruk dan budaya negatif yang berlaku sepanjang Minggu Haluan Siswa.

11. EKSPO KONVOKESYEN

    • Memastikan Ekspo Konvokesyen bebas daripada unsur-unsur yang bertentangan dengan nilai-nilai moral dan intelektual.
    • Berusaha memastikan pengurusan Ekspo Konvokesyen mencerminkan daya keintelektualan dan kematangan mahasiswa dengan perlaksanaan yang bijaksana dan profesional.

12. ISU-ISU KEMASYARAKATAN

    • Membela dan memperjuangkan hak-hak masyarakat daripada sebarang bentuk kezaliman, penindasan, pehyelewengan dan eksploitasi.
    • Menggesa pihak kerajaan mengambil kira kepentingan rakyat dalam aspek penggubalan dan pelaksanaan dasar kerajaan.

HARAPAN

    • Menyeru mahasiswa agar memilih kepimpinan yang mampu
    • meneruskan kesinambungan perjuangan dan idealisme mahasiswa.

 

 

"Teguh Bersatu Memperjuangkan Aspirasi Mahasiswa Ke Arah Perubahan"

[Muka Depan]