Make your own free website on Tripod.com
Anda sedang memasuki Laman Web Kelab PENA, Universiti Malaya sesi 2000

logo.jpg (150813 bytes)

NADI_01.jpg (11085 bytes) yess.jpg (7710 bytes)

dikemaskini pada 28 Jun 2000

 

line.gif (4535 bytes)

Laman Web Kelab PENA adalah laman informasi politik kampus serta gerakan mahasiswa Universiti Malaya yang dibina oleh para pendokong Kelab PENA Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

line.gif (4535 bytes)

 

pintuum.jpg (59627 bytes)

DEMO UM.JPG (47793 bytes)

Pengenalan

Kelab PENA

  • Merupakan sebuah kelab yang menjadi penyokong kepada gerakan mahasiswa yang meletakkan asas-asas kemurnian, keadilan, hak dan kebebasan yang selari dengan Islam sebagai dasar perjuangan
  • Melalui asas-asas tersebut, pimpinan yang seangkatan bersama grassroot yang setia telah membuktikan mereka mampu mencorak perjuangan mahasiswa yang beridealisme, berkarisma, berkesan dan berwawasan.

[Penuh]

ikhwans.jpg (67913 bytes)

guard.JPG (42627 bytes)

Idealisme Kelab PENA

Muslimah.JPG (65740 bytes)

MONOLOG SEORANG AKU Aku tidak minta dilahirkan , bukan jua merancang kewujudanku. Namun aku bersyukur, kelahiran ini mengenalkanku erti kehidupan.Di suatu alam yang penuh dengan makhluk sepertiku. Serupa tapi tak sama...Terasa bergenang cecair hangat di mata ini bila mengenangkan bahawa aku tidak mengenali diriku sendiri. Aku mendongak ke langit . Hanya langit biru. Kelam, kosong, kusam. Tidak kulihat aku. Aku tunduk ke bumi. Hanya rumput hijau. Tidakku lihat jua.Tiba-tiba....[Sila Klik]  
baru.gif (293 bytes)UNIVERSITI MALAYA (8 November 1999) Universiti Malaya sekali lagi mencatat sejarah apabila program anjuran Kelab PENA, Universiti Malaya mendapat sambutan yang begitu luar biasa dan sokongan padu dari warga kampus. Program pelancaran Kelab PENA itu yang diadakan di DKU Akademi Pengajian Islam itu penuh sesak dengan kehadiran melebihi 1 500 orang. Ramai yang terpaksa berdiri dan duduk di tangga dan tidak kurang pula yang terpaksa balik kerana tidak dapat masuk ke dewan.

kps.jpg (45379 bytes)

baru.gif (293 bytes)MANIFESTO

VISI "Berusaha meneruskan kesinambungan perjuangan mahasiswa di dalam membela hak-hak mahasiswa di samping menaburkan khidmat bakti kepada masyarakat".

MISI

  • Memperjuangkan aspirasi mahasiswa yang mendukung prinsip kebenaran dan keadilan sebagai agenda utama untuk diperjuangkan.
  • Melaksanakan amanah kepada warga kampus melalui kepimpinan yang dinamik, cemerlang dan berwibawa.
  • Meneruskan kesinambungan perjuangan mahasiswa dengan membangkitkan kesedaran untuk berbakti kepada masyarakat.

MOTTO "Teguh Bersatu Memperjuangkan Aspirasi Mahasiswa Ke Arah Perubahan".

CIRI-CIRI KEPIMPINAN Kami menampilkan barisan kepimpinan yang mempunyai ciri-ciri berikut:

  • Beriman, berilmu dan berakhlak
  • Adil, telus dan bertanggungjawab
  • Berani, berprinsip dan berkarisma
  • Terlatih, berpengalaman dan bersifat terbuka

[Penuh]

baru.gif (293 bytes)10 November 1999 Gagasan Mahasiswa Mahasiswa Universiti Malaya (GMUM) yakin akan diberikan mandat oleh mahasiswa Universiti Malaya kerana  kerana telah berjaya memenangi 19 kerusi di sepuluh buah fakutlti tanpa bertanding daripada 30 kerusi yang dipertandingkan. Namun begitu 15 kerusi diperingkat kampus terpaksa dipertandingkan. [Berita Penuh
baru.gif (293 bytes)9 November 1999 Sekali lagi sejarah dalam politik kampus tanahair khususnya di Univerisiti Malaya apabila Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya yang diketuai oleh Prseidennya, Saudara Huzairi Hussein menandatangi memorandum persefahaman dan membentuk Gagasan Mahasiswa Universiti Malaya buat kali kedua berturut-turut. [Berita Penuh]
BERITA SEMASA Kehangatan suasana pilihanraya semakin terasa apabila semester baru kembali menjengahkan dirinya, menyambut penghuni -penghuninya daripada kampung masing-masing dengan lebaran senyuman dan penuh keceriaan. Notis tentang pilihanraya telah pun dikeluarkan oleh Hal Ehwal Pelajar (HEP) menandakan tarikh keramat pada 17/11/99 yang amat ditunggu itu akan menjelma. [Berita Penuh]

baru.gif (293 bytes)RISALAH SEMASA PMIUM Kepimpinan dalam Islam adalah kesinambungan warisan Rasul yang diamanahkan untuk memelihara dan melindungi umat dan ia perlulah memiliki kesempurnaan. Keperluan kepada kepimpinan Islam semakin ditonjolkan oleh realiti massa hari ini. Di mana-mana sahaja orang membicarakan soal kepimpinan dan pemimpin itu sendiri. Namun, dilema ummah hari ini dalam mengisi kekosongan kepimpinan tunggal yang boleh diterima semua sejak runtuhnya khilafah Turki Uthmaniyyah di Turki 73 tahun yang lampau masih belum bertemu titik pengakhirannya. Walaubagaimanapun...[Lanjut]

 

logopmium.jpg (9257 bytes)

"Teguh Bersatu Memperjuangkan Aspirasi Mahasiswa Ke Arah Perubahan"

YESS.jpg (8554 bytes)

SEKRETARIAT: GAGASAN MAHASISWA UNIVERSITI MALAYA  Tingkat 2, Perdana G, Kompleks Perdanasiswa, Univerisiti Malaya, Kuala Lumpur

mailbox.gif (9817 bytes)

kelabpena@hotmail.com webmaster:zliey@hotmail.com


kepena20's chat room
Selamat Datang ke kepena20's chat room

line.gif (4535 bytes)